《Hold On✔️》41
Advertisement
Muhammad Ayden; the untold stories
Kaki Ayden terhenti saat matanya bertentang dengan mata seseorang. Kelopak matanya lekas bergenang. Menahan rasa sebak yang ada.
"G-grandpa..." bahu Ayden jatuh. Katakan sahaja dia lemah, dia tak kisah. Namun perasaan sayunya apabila bertemu dengan lelaki yang menjaga ayah kandungnya itu tak dapat nak disorok.
Tak sia - sia Tuhan gerakkan hati Ayden ke kubur hari tu. Rupanya detik pertemuan Ayden dan David, ada di dalam perancangan Tuhan.
David yang memakai kopiah di atas kepala, mengetap bibir melihat wajah cucunya. Anak kepada anak angkatnya dulu.
Sepantasnya David melangkah mendekati Ayden. Tanpa menunggu, tubuh jejaka itu ditarik ke dalam pelukan. Dia masih... tak lupa wajah Ayden.
"Grandpa ingat Ayden?" Sayu. Ayden mengalirkan air mata. Perpisahan sejak dia berusia lapan belas tahun dulu, terlalu lama untuk Ayden. Namun tak pernah sekali mampu melupakan wajah insan yang dia sayang itu.
David melepaskan pelukan. Air mata yang mengalir diseka dengan belakang tapak tangan. "How can I forget your face? Muka you sama sangat macam ayah you."
Ya. Kalau Zahra tengok muka Ayden sekarang, mesti minah tu melalak sebab muka Ayden tak nampak macam muka dia. Mesti dia mengungkit betapa sakitnya melahirkan Ayden namun muka Ayden tak ada pun rupa dia.
Bibir Ayden menggaris senyuman. "Melawat kubur ayah?"
Laju David mengangguk. "Yup. I miss him like crazy lately ni. Rupanya... takdir untuk jumpa you."
Dari mata lelaki tua itu, Ayden tahu betapa besarnya rasa rindu David kepada dia. Pasti sukar untuk terus hidup sendiri. Menerima kenyataan anak angkatnya meninggal. Lalu Ayden pula pergi kerana terlalu mengikut perasaan.
Sedar yang mereka masih berada di kawasan perkuburan, Ayden menarik tangan David ke tempat parkir kereta. "Grandpa masuk Islam ke?"
Cara pemakaian David menjadi tanda tanya. Datang dengan kopiah dan kurta bersama buku yasin di tangan, Ayden sendiri tahu jawapannya.
David senyum. "Haah. A year lepas you tinggalkan grandpa."
"I'm sorry. Ayden-" kata - kata Ayden terhenti bila perasan mata David memandang Bella di sisinya dengan curiga. "Oh, ni Bella. My wife."
Advertisement
Bella yang dari tadi sekadar menjadi penonton babak drama akhirnya mengukir senyuman. "Hye grandpa! Nice to meet you!"
Lebar senyuman David bila disapa Bella. Dalam hati berasa lega setelah mengetahui Ayden dah menjumpai kekasih hati. "Lama dah ke kamu berdua kahwin?"
Ayden dan Bella saling berpandangan. "Nine months dah. InshaAllah, forever to go." Jawab Ayden tenang.
Tak mengharap lebih. Cukuplah ada Bella di sisi untuk menemani dia menempuh segala ujian dalam dunia ni.
David tersengih sendiri. Bahu Ayden ditepuk mesra. "Jom lah melawat rumah grandpa. Sama je macam dulu. Jangan sombong nak datang." Ajaknya.
Dia tahu, Ayden pun mesti rindu nak jejakkan kaki ke situ. Tempat yang sama ibunya selalu bawa. Tempat untuk Ayden bermanja.
"Okay, nanti kalau free Ayden datang. Tapi hari ni tak boleh sebab mama Husna jemput makan dekat rumah dia."
Mata David membulat. Husna... bukan ke...
"Haah, bekas isteri ayah tu. Kitorang dah jumpa sejak Ayden kahwin dengan Bella." Tanpa menunggu, Ayden memberi penjelasan.
Terangguk - angguk kepala David sebelum akhirnya tersenyum. Nampak sendiri aturan Allah tu macam mana. "Okay. Have fun dekat sana. Grandpa nak ziarah kubur ibu dan ayah Ayden."
Ziarah kubur.
Mereka berbalas pandang. Membawa maksud, sama - sama merasa kehilangan Adrian dan Zahra. Sama - sama rindu memori mereka bersama dua insan itu.
Namun yang ada hanya memori. Hidup harus diteruskan. Ayden senyum sendiri bila David melangkah pergi. "Allah tahu pengakhirannya macam mana. Allah sentiasa tahu."
Bella menggenggam tangan Ayden. Menyalurkan kekuatan di sebalik genggaman.
Mereka tahu, segala kedukaan.
Dua kisah yang tidak menemui penamat yang sempurna dan mereka idamkan— adalah asbab penamat mereka begitu.
Asbab kisah mereka indah begini.
Allah tahu.
Pancuran air dari dalam bilik air berbunyi. Macam biasa, dah jam dua pagi baru Bella dapat hidayah nak mandi. Tu semua angkara melangok tengok kdrama.
Sampai berair mata isteri dia sebab layan drama Flower of Evil. Ayden tak minat sangat drama jenis kena pakai otak ni jadi dia tak tengok. Dia main game je.
Sedang menunggu isterinya membersihkan diri, Ayden bergerak ke rak yang berada di atas meja solek. Tak pernah pula dia selongkar rak tu. Teringin nak tahu apa yang ada.
Advertisement
Dalam rak tu hanya ada beberapa fail dan album gambar. Ayden ambil satu album gambar sebelum melangkah kembali ke katil. Sebenarnya dia hampir lupa yang bini dia tu jurugambar.
Ayden pun tak pernah tengok hasil gambar yang ditangkap Bella. Masa zaman diorang sebelum kahwin dulu, dia tak berminat nak tanya. Lepas kahwin pulak banyak benda dia fikir sampai lupa nak tanya.
Album dibuka.
Rahang Ayden jatuh. Tak berkelip mata memandang gambar yang dah dimasukkan dalam album. Gambar Bella...
Tapi cantiknya!
Masa tu mungkin zaman Bella tak pakai tudung. Tak tahu siapa yang ambil gambar isteri dia masa ni, tapi Ayden cemburu dengan orang itu.
Sebab rambut lurus isteri dia diikalkan sikit. Kemudian, Bella memakai gaun yang menampakkan betisnya. Isteri dia hanya senyum dalam gambar tu. Tapi pemandangan di tepi pantai dan rambut yang nampak berterbangan tu memainkan peranan.
Bella cantik gila!
Senyum. Ayden rasa bangga dalam hati. Cantik yang tu semua, dia punya. Kikiki. Selak ke sebelah, hanya gambar daun kering di atas pasir sahaja.
"Hah buat apa tu?!"
Bahu Ayden terangkat. Hampir je dia nak lempar album gambar tu ke arah Bella. Nasib baik dia sempat fikir. "Kau apahal sergah aku?"
Mata Bella putarkan ke atas. Rambut yang masih basah dibalut dengan tuala sebelum melangkah mendekati Ayden. "Awak tu galak sangat belek album saya kenapa?"
Hujung bibir Ayden ternaik. Mata kembali jatuh kepada album yang dia pegang, "Pandai la isteri aku ambik gambar. Aku suka."
Jantung Bella dah lemah. Senyuman Ayden hampir buat Bella rasa nak pengsan. Ditambah pula lelaki itu menggosok kepalanya.
Bella suka Ayden gosok kepala dia. Rasa macam— selamat. "Awak suka? Saya ada banyak gambar awak saya tangkap tapi tak sempat keluarkan dari phone lagi."
Angguk. Ayden betulkan duduk. "Kau tak nak jadi photographer je ke?"
"Nak." Itulah cita - cita Bella . Cuma apa yang dia nak tu tak dapat sokongan dan Bella pun bukan sejenis yang nak ingat balik.
Biarkan je la jadi bakat terpendam.
Ayden mengetap bibir. "Berhenti kerja. Jadi photographer je." Ujar Ayden tenang. Dalam otaknya sibuk memikirkan apa lagi yang dapat membahagiakan Bella.
Mulut Bella terlopong. Mata memandang Ayden lama. "Sebab awak nak saya jadi surirumah ke? Jaga makan pakai awak? Jaga anak?"
Entahlah. Bella ada juga rasa yang dia tak sempurna sebagai isteri sebab bekerja. Tak duduk rumah sepanjang masa untuk jaga makan pakai Ayden selengkapnya. Manalah tahu Ayden tiba - tiba nak dia duduk rumah je.
Laju Ayden menggeleng. Tangan Bella diambil lalu digenggam. "Apahal kau tanya macam tu? Aku nampak macam suami suka control ke?"
Senyuman Bella terukir. "Tak. Tanya je."
"Tempat kau bukan di rumah je. Isteri aku layak kejar cita - cita dia. Aku tak akan suruh kau duduk rumah jaga makan pakai aku setiap masa. Kau bukan bibik aku, kau isteri aku. Yang paling penting untuk aku adalah... kebahagiaan kau."
Tubir mata Bella bergenang. Tak manis mana pun apa yang Ayden ucap. Cuma sikap memahami Ayden tu buat Bella terharu. Masih wujud lelaki bijak dan memahami macam Ayden. Paling utama, lelaki tu dah jadi milik Bella.
Senyuman terukir. Wajah lelaki itu direnung dalam. "Saya akan bahagia selagi awak ada dekat sisi saya."
Ayden tergelak kecil. "Eee, cheesy!"
"Betullah!" Mata Bella membulat. Dia tengah serius ni Ayden boleh pulak nak gelak - gelak. Cubalah bagi penamat kisah mereka nampak teratur sikit.
Bibir Ayden ketap. Namun senyumannya masih tak hilang. "Kejar cita - cita kau. Sebab aku nak sentiasa support kau dekat sebelah."
He is an angel.
Kan?
Mereka saling menggenggam tangan. Sembang dua pagi yang bermakna. At least Bella tahu, dia pilih lelaki yang tepat untuk jaga dia sampai akhir nafas.
Dan Ayden, sebolehnya nak jadi suami yang terbaik. Sebab apa yang dia nampak sebelum ni dah cukup memberi dia pengajaran.
Cintailah mereka, selagi mereka ada.
Bahagiakan, kerana memori itu akan kita ingat bila dia tiada.
Ayden senyum. Pipi Bella dikucup. "Hold on until you forget that you're just hold on."
Hiduplah.
Bella sengih.
Advertisement
- In Serial83 Chapters
Sweet Bastard
Lisa and her boss, Alessandro, agree to spite their exes by pretending to date, but things begin to backfire when fake feelings become real along the way. *****For two years, Lisa Brooks worked as a secretary to the powerful self-made billionaire, Alessandro Russo. He hardly noticed her, and to him, she was nothing more than a co-worker who wore conservative clothes, a tight bun, and followed his orders. But when Lisa's heart gets broken by her first love and Alessandro starts to lose his willpower to avoid Gretchen (his ex-girlfriend and now-client's wife), they decide to help each other out by fake dating. I mean, how hard can it be to not fall in love? [[word count: 100,000-150,000 words]]Cover designed by Ashley Santoro
8 227 - In Serial6 Chapters
Vacation on the Placeholder
An overthinker to the very core, still I never know what to do. Fantasy and madness combine into reality, and the holiday that was supposed to be my cope turns into something mysteriously crazy.
8 139 - In Serial24 Chapters
The Ultimate Puppeteer, Aristia's Brother || The Abandoned Empress
[Harem x OC] ・・・・☆・・・・☆ ・・・・A prodigy among prodigies. Is a way to describe him. Having no reason to use his full potential, he became a lazy person on his second life. Though he was lazy that didn't mean he became rusty, instead he mastered new things he never had time to learn in his first life.Already on his third life, he realised that he was in a manhwa he read about in his first life. The Abandoned Empress, he pitied the girls. Both suffering because of Fate and the Damn God.Read the story of how our protagonist deals with the path he took as a huge siscon."Nincompoops they're all nincompoops!"・・・・☆・・・・☆ ・・・・[Note: Do not mind the A/N's in the early chapters because the voting was years ago and it is now a harem]This story is undergoing intense formatting and editing
8 135 - In Serial199 Chapters
LGBTQIAP+ Milestones: Book 1
This is where the community can share their own personal LGBTQIAP+ Milestones.
8 165 - In Serial52 Chapters
A Very OOC Uchiha [Naruto Fanfic]
"Now is not the time.""It is always the time!"When she died, Ashely didn't think of the aftermath, only of how great of a hug dear old Truck-kun gave. So imagine her sanity when not only was she reborn in the Naruto universe, but as Sasuke's twin sister at that!Cliche and too surreal, we know.Follow her, now known as Megumi Uchiha, as she pushes forward for a better future!It doesn't help that she thinks everything is cute.Disclaimer: The Naruto franchise does not belong to me but the great Kishimoto Masahi! Megumi, Hiro, and other OCs that I put in belong to me! Also, all art belongs to me unless stated other wise!
8 158 - In Serial37 Chapters
Irresistible You
The last year of university should be fun. Parties. Friends. The eagerness to graduate. Megan has the friends, the grades, the parties and the boyfriend that is the star athlete of the football team, with scouts interested in him joining the professional league. She has it all. Her life appears to be perfect. Only it isn't. Just a beautiful, misleading cover to a miserable book. Josh isn't who everyone makes him out to be and it takes reuniting with one stranger from one vacation to make her feel free. Megan and Louis can't resist the temptation of being together and it's a risk that she is willing to take.
8 83

