《Hold On✔️》22
Advertisement
Muhammad Ayden; the untold stories.
"Apa?! Kau nak kahwin?!"
Rahang Ijat jatuh. Kad jemputan yang tertera nama Ayden dan pasangannya dipandang buat kali kedua. Terkejut satu, rasa nak bunuh Ayden pun satu juga.
Mereka sudahlah satu rumah. Tinggal sebumbung, tapi Ayden tak ada pula cerita dah bercinta dengan anak orang ke apa. Tahu - tahu dekat atas katil dia pagi ni ada kad jemputan. Tak guna punya kawan!
Ayden yang di dapur menggosok telinganya. Boleh rosak telinga dengar suara serupa badak sumbu Ijat menjerit. "Ya, aku nak kahwin. Bisinglah mamat tak cukup sifat ni."
Tanpa memandang Ijat, Ayden masukkan nugget ke dalam minyak panas. Elok dia goreng nugget dari layan Ijat tu.
Ijat menggaru kepala. Dengan dia yang masih belum mandi, berdiri tepi Ayden dengan muka keliru sungguh. "Sungguhlah? Siapa minah ni?"
Dahi Ayden berkerut. Apa punya soalan Ijat tanya dia ni. "Minah ni bakal isteri aku lah." Jawab Ayden selamba.
"Bukanlah hanat! Siapa dia ni! Bidadari mana yang buat kau gila sampai nak kahwin ni!" Mata Ijat membulat. Dada bidang Ayden dia tumbuk bertalu - talu sehingga Ayden meringis sakit.
Ayden menolak kasar tangan Ijat. Muka tak puas hati ditayang. "Kau macamlah kenal kalau aku sebut pun. Otak kau tu lembab."
Mata Ijat memincing pandang Ayden. Ya Tuhan, sungguh kawan dia ni tak normal. "Cakap je lah siapa dia."
"Kau kenal Dato' Haiqal?"
Muka Ijat berubah kosong. Wajah Ayden dijeling geram. "Manalah aku kenal, anjing!"
Ayden tersengih. Kan dah kata tak ada guna pun dia bagitahu Ijat. Kawan dia tu sama lembab juga macam Ayden. "Kau tahu Golden Palace Hotel?"
Laju Ijat anggukkan kepala. Walaupun tak pernah jejak kaki dekat hotel yang lebih dari lima bintang tu, dia selalu juga dengar nama hotel itu.
"Hah, aku nak kahwin dengan anak pemilik hotel tu."
Advertisement
"What?!"
Mata Ijat membulat. Maksud Ayden, kawan dia ni nak kahwin dengan anak pemilik hotel lima bintang yang mencekik darah tu?
Ayden hanya tersengih. Dah agak reaksi Ijat begitu. Apa yang nak terkejut sangat. Kalaulah Ijat tahu betapa teruknya pemilik hotel tersebut melayan anak sendiri, mesti hilang rasa takjub tu.
"Ayden, sini aku belek muka kau." Tanpa amaran tangan Ijat menekup pipi Ayden. Muka kawannya diperhati setiap sudut. "Kau pakai minyak dagu eh dekat anak orang."
Tangan Ayden menepis kasar tangan Ijat. "Minyak dagu apa benda bangang? Merepek lah kau ni." Ini yang dia malas nak bagitahu Ijat awal - awal.
Kawan dia yang sorang ni otak hilang agaknya. Ijat menggeleng tak percaya. "Mula - mula Shila si anak pensyarah, lepas tu anak pemilik hotel tu pulak? Apa special sangat kau ni dapat kaut perempuan gitu?"
Bibir Ayden menggaris senyuman. Gen ayah campur gen ibu kut yang buat dia nampak menarik. Tapi itulah, bukan Ayden yang mengurat dua perempuan tu dulu.
Mata Ijat tajam memandang Ayden bila kawannya tersenyum. "Kau senyum kenapa?! Kau memang pakai minyak dagu kan?!"
Senyuman Ayden memudar. Tangan menampar bahu Ijat melepaskan geram. "Tak lah gila! Aku haramkan kau datang majlis nikah aku nanti baru kau tahu."
"Eh apasal pulak? Aku yang bela kau selama ni tahu?"
Mata Ayden berputar ke atas. "Tahu mengungkit je dia ni."
Senyuman Bella melebar. Mana taknya, tadi dia nampak Ayden pakai baju melayu untuk pernikahan mereka masa lelaki itu mencuba. Ya Tuhan, kacaknya!
Lebih kacak dari Park Seo Joon pakai baju melayu. Ayden versi pakai baju melayu tadi bukan sahaja mampu memikat hati, mampu buat Bella meleleh air liur juga.
Gee tersengih tengok anak bongsu Dato' Haiqal itu dah angaukan bakal suami sendiri. "Bella, sorok sikit muka tak sabar kau tu."
Advertisement
Riak wajah Bella berubah. Tangan menekup pipi sendiri. "Nampak sangat ke Bella macam tak sabar?"
Mulut Gee terbuka luas. Eh minah ni. "Nampak! Gelojoh punya budak. Patutlah tak ada ribut taufan tiba - tiba nak kahwin."
Mahu tak terkejut. Kalau golongan macam Bella ni, nak umumkan perkahwinan pun akan dibuat majlis. Paling tak pun bertunang dulu.
Ini tanpa khabar berita, tiba - tiba Naura datang ke butik ini bawa Bella dan si bakal suami kata Bella akan bernikah bulan depan.
Bella tersenyum segaris. Hanya mereka sahaja tahu kenapa perkahwinan ini dibuat dengan tergesa - gesa dan tak hebohkan. "Gee, Kak Husna mana?"
Pemilik butik ni tak ada pula. Bella rasa dah lama tak jumpa Husna, teman baik Naura tu. Selalunya dia suka kacau Husna dekat butik sebab Husna ni jenis redha sahaja melayan dia.
"Husna kena pergi Singapore. Dapat jemputan untuk fashion show dekat sana." Jawab Gee tenang.
Angguk.
Serentak, Ayden keluar dari bilik persalinan. Baju Melayu tadi dah diganti dengan tshirt hitam dia. "Kau dah try baju ke?" Soal Ayden.
Bella mengukir senyum sebaik memandang Ayden. "Dah." Jawab dia ringkas.
Dahi Ayden berkerut dengan tangan yang mencekak pinggang. "Eh? Kenapa aku tak sempat tengok pun? Kau tak tunjuk dekat aku pun?"
"Buat apa nak tunjuk?"
Ayden mencebik. "Ya lah, tadi aku tunjuk dekat kau kan?" Balas Ayden tak puas hati. Tadi dia siap memperagakan lagi depan Bella. Kenapa perempuan tu tak buat benda yang sama?
Hujung bibir Bella terjungkit. "Ada sata suruh ke? Haa siapa suruh tunjuk dekat saya?"
Mata Ayden tajam memandang Bella. Ikutkan hati, dia nak sahaja cekik Bella ni. "Malas lah nak layan kau ni." Kaki dibawa keluar dari butik. Nak merokok sebenarnya.
Tawa Bella terhambur melihat Ayden yang membawa diri keluar. "Haih, comelnya future husband aku."
Gee yang dari tadi memerhati adegan pasangan itu mencebik. "Dia memang comel, tapi bodoh tahu tak?"
Dahi Bella berkerut. Wajah Gee dipandang bingung. "Bodoh apahal pulak? Kau nak kutuk Ayden aku kenapa?"
"Bodoh sebab nak kahwin dengan Bella yang tak normal." Jawab Gee sebelum melangkah ke kaunter pembayaran.
Mata Bella terkelip - kelip. "Eh aku pulak?"
Malas nak layan Gee. Baik dia pergi jumpa Ayden. Nak kacau Ayden sampai lelaki tu muak tengok muka Bella.
"Ayden!"
Ayden yang sedang menghembus asap rokok mengerut dahi melihat Bella yang mendekati. "Jangan dekat, aku tengah merokok."
Mata Bella berputar ke atas. Larangan Ayden dibuat tak dengar. "Kenapa tak boleh dekat pula?"
Bila Bella dah berdiri sebelah dia, Ayden mengeluh. Putung rokok dibuang ke lantai sebelum dipijak. Tak jadi nak sambung. "Bahaya lah Bella. Dengar lah orang cakap lain kali."
"Oh awak tahu bahaya tapi awak merokok juga kenapa? Berhenti la Ayden." Dulu mungkin lelaki itu boleh bagi alasan tak ada siapa peduli.
Tak lama lagi mereka akan mendirikan rumah tangga. Ayden perlu hidup dan jaga kesihatan kerana ada perempuan yang mahu luangkan hidup dengan Ayden.
Ayden diam. "Jangan lah paksa aku."
Kata - kata Ayden berjaya buat Bella mengunci mulut. Takut jika dia bersuara lagi, ada yang batalkan perkahwinan nanti. Merana Bella jadinya!
ada yang dah bersedia nak melepaskan ayden kita?
oh ya, guys. saya nak buat trailer untuk KITA BERDUA tapi tak reti. siapa reti buat video mcm trailer tu, boleh ke tolong buatkan ??? kalau ada yg nak buatkan , boleh mesej saya. kalau tak ada takpe hehehehe.
Advertisement
- In Serial44 Chapters
Pieces of Me
A collection of poems from the mind of one complex and unusual being. Please read Note to Reader first.
8 192 - In Serial6 Chapters
A Safe Place
A young woman meets a prestigious Actor by chance on the busy streets. Little does she know she where life will take her. Will he stay at her side? * note this is my first time writing my own story ...
8 208 - In Serial163 Chapters
A Dance With Hades
I move my foot back to try and run away but they notice my subtle movement and stop whispering."I wouldn't do that," the man in the navy suit says while lifting his gun. He doesn't point it at me but he might as well just shoot me already."You run, we'll catch you, then maybe kill you," the man with the big gun says and I quickly nod. "Good girl," he chuckles.He gets back to whispering with his two friends and I stay motionless, not attempting to get myself shot.Why do they even want to take me home? I'm just some random girl that probably walked just walked into a murder scene.Shit.----What happens when the King, a man dubbed as Hades, is in need of a Queen?He possesses her angelic soul with his devilish ways and infects her with his chaotic love, filling her with his poison.She will step onto the dancefloor and he will take her hand, crowning her as his queen, the queen of the underworld.
8 481 - In Serial26 Chapters
Bad things- BILLIE EILISH SMUT
Luna's love life is inexistent at the moment but that slowly changes as her life begins to fall apart. Meanwhile the famous billionaire Billie Eilish indulges into new fantasies.smut/g!p⚠️ HEAVY CONTENT! viewer discretion is advised! this story may contain trigegering scenes including: rape, sexual abuse, death, self harm and substance abuse. SMUT scenes will have an asterix (*) incase you want to skip.⚠️Read at your own risk...
8 200 - In Serial55 Chapters
Becoming the Elder Brother Of The Villain (BL).
Novel : Becoming the Elder brother of the Villain (BL)Author : AHNStatus : ongoingUpdate : Every SundayChapter : as many as I can write.Novel started : 21 Jan 2022_______________Gu Weicheng was a talented business man. who roared in the business world. And one of the Most talented and youngest Billionaires in the world. A person who was famous all over the world, for his intelligence, look and above all, his cruel and ruthless personality. No one dared to make him their enemy. But one day. Gu Weicheng was calculated by his own father, betrayed by his cousin and killed by his uncle . But to his surprise He transmigrated into the ABO-BL novel he recently read. And become the dominant Alpha big brother, of the Villain omega, who was in Coma for five years and died.What will happen when the character. Who was supposed to be dead in the beginning of the novel, comes back alive. And moreover he became a cruel, cold hearted businessman. Even the people in the underworld are scared and don't want to offend. A novel consist of romance, action, faceslap, family love, brotherhood, friendship, revenge, soul transmigration/rebirth and so on.................,.# transmigration# Seme mc# mature content (18+)# ongoing....-----------------------Best Ranking till now#bl - 10 (*77.6K*)#lgbt - 14 (*324k*)#Romance - 48 (*1.94M*)#seme - 01 (*2.29K*)#abo - 01 (*2.82K*)#maleprotagonist - 01 (*1.7K*)#uke - 02 (*2.33K*)#r18 - 01 (*3.75K*)#reincarnation - 32(*20.4K*)#danmei - 01 (*6.51K*)#transmigration - 17 (*7.36K*)#businessman - 01 (*2.58K*)#gong - 02 (*300*)#semeprotagonist - 01 (*63*)#shou -01 (*338*)#boyxboy - 46 (*288K*)#boyslove - 67 (*45.6k*)#reborn - 02 (*7.7k*)_________________________All the character and story are just imaginary. And the photos used here are not mine.Please don't upload the novel anywhere else.................This is my orginal novel, solely mine SoooooPlease don't re-upload without permission...
8 213 - In Serial25 Chapters
Red Strings And Markers
Whatever mark you get on your skin, your soul mate gets it too.Marinette would love to draw all over herself to see who her soul mate is, but due to her alternate persona, Ladybug, her red strings of fate have tied her to Chat Noir. As Chat Noir, Adrien would love to find out who his Lady is so they could be happy both in and out of cover.But their kwami only allow them to use their markers after an Akuma attack and never throughout the day.Will the two go against their kwami's and go find each other, or will they remain in a world of ignorance?Together forever, never apart, maybe in distance, but never in heart.Includes mild strong language, sexual references and themes. August 25, 2017 ranked #161 in fanfiction!Cover done by the wonderful @Infinite_Writer01
8 175

